Pemenang Ballon d'Or 2018 itu tersisih atas sebab kecederaan ringan beberapa minggu kebelakangan ini yang pada awalnya mencadangkannya berkemungkinan terlepas baki perlawanan kempen ini.
Bagaimanapun, pemain tengah Croatia itu pulih lebih cepat daripada jangkaan asal apabila muncul sebagai pemain gantian dalam kemenangan final Copa del Rey ke atas Osasuna, hujung minggu lalu.
“Dia boleh beraksi tanpa menghadapi sebarang masalah,” kata pengurus, Carlo Ancelotti, dalam sidang media pra-perlawanannya di ibu negara Sepanyol itu.
"Modric akan bermain."
? @MrAncelotti: "We've got to try to play to our full potential."#UCL pic.twitter.com/kmhIkrHQcz
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) May 8, 2023
Dalam masa sama, pengurus berbangsa Itali itu berkata: “Kami mahu menyajikan satu permainan yang lengkap dengan menampilkan sentuhan terbaik yang kami miliki.
"Kami perlu menghadapi perlawanan getir di tempat lawan. Jadi kami mahu turun dengan kelebihan.
“Kami mahu tonjolkan satu persembahan yang menarik. Ia bukan sahaja mengenai keputusannya bagaimana kami beraksi dan mengelakkan masalah.
"Perlawanan ini menagih tuntutan tinggi .”