Skip to main content

Bola Sepak

UCL: PSG tunggu saat akhir senarai kelibat Kylian Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Christophe Galtier akan membuat keputusan pada saat akhir untuk menurunkan Kylian Mbappe dalam pertemuan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) di antara Paris Saint-Germain (PSG) dengan Bayern Munich.

Penyerang Perancis itu kembali menjalani latihan lebih awal dan tersenarai dalam skuad 22 pemain untuk pertembungan di Parc des Princes, awal pagi esok. 

Mbappe telah diketepikan berikutan kecederaan hamstring ketika menentang Montpellier pada awal bulan ini dan dijangka perlu berehat selama tiga minggu.

Walaupun dia mula menjalani sesi latihan pertamanya tanpa sebarang kecederaan, Galtier tidak akan mempertaruhkan pemain berusia 24 tahun itu melainkan dia berasakan penyerang handalan tersebut sudah bersedia untuk memainkan peranan.

“Dia telah melakukan segala yang mungkin untuk bersedia bagi menghadapi perlawanan ini,” kata pengurus itu dalam sidang media. 




“Dia berlatih sehari sebelum perlawanan dan berasa baik.

"Kita lihat esok pagi bagaimana perasaannya. Orang pertama yang saya akan dengar ialah Kylian sendiri, kemudian saya akan membuat keputusan yang paling bijak. Dia tidak akan berada di bangku simpanan hanya untuk mencukupkan kuota pasukan."

Mbappe berlatih di samping Lionel Messi dan Neymar yang kedua-duanya dijangka menjadi sandaran utama ketika berdepan pendahulu Bundesliga itu. 

"Saya terkejut melihat dia kembali. 

"Tetapi kami tahu keupayaan Kylian untuk pulih lebih cepat berbanding beberapa yang lain," tambahnya. 

"Dia berlatih bersama sebahagian daripada pasukan dan menjalani sesi penuh. 

"Maklum balas selepas latihannya sangat positif. Tetapi sama ada dia akan berada dalam kesebelasan utama, saya belum pasti."

Advertisement

Must Watch Video