Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: PSG tiada masalah buka kempen dengan tiga mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg.jpg
Juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2024, Paris Saint Germain (PSG) tiada masalah untuk langkah kanan dengan membenam Atalanta 4-0 di Sadium Parc des Princes.

Skuad kendalian Luis Enrique tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan sewal minit ketiga perlawanan menerusi kapten pasukan Marquinhos sebelum gol kedua PSG hadir pada minit ke-39 menerusi Khvicha Kvaratskhelia.

Masuk babak kedua perlawanan, Les Parisiens, terus menggandakan kedudukan menerusi Nuno Mendes pada minit ke-51 dan Goncalo Ramos menutup persembahan lima bintang PSG pada minit ke-90.

Walaupun ketiadaan bekas penjaga gol utama, Donnaruma, tiada masalah buat PSG untuk catat tiga mata penuh.

Advertisement

Must Watch Video