Juventus perlu menyalahkan diri mereka sendiri sehingga disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) oleh Porto, yang beraksi dengan 10 pemain, kata ketua jurulatih pasukan itu, Andrea Pirlo.
Pertemuan sengit itu berakhir 4-4 secara agregat selepas masa tambahan di Turin tetapi jaringan sepakan percuma pada minit ke-115 oleh Sergio Oliveira -- yang turut menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti dalam babak pertama -- bermakna Porto menjadi pasukan yang lebih layak ke suku akhir biarpun tewas 2-3 dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi.
Juve juga menemui jaringan menerusi gol berganda Federico Chiesa dalam babak kedua selain Adrien Rabiot turut tersenarai selaku penjaring selepas jaringan kedua Oliveira.
Bagaimanapun, ia masih belum mencukupi untuk mereka meneruskan kemaraan berdasarkan peraturan gol di laman lawan, di mana Cristiano Ronaldo menghadapi kebuntuan ketika berdepan rakan senagaranya, Pepe, selaku pertahanan tengah Porto.
Pirlo berasakan kegagalan Juventus untuk mempamerkan aksi berkualiti dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu telah mengundang padah buat mereka.
"Kami melakukan empat kesilapan dalam dua perlawanan," katanya kepada Sky Sport.
"Apabila anda melakukan empat kesilapan di peringkat kalah mati pertama UCL, adalah normal untuk anda disingkirkan.
"Kami bermula dengan baik dan terdapat peluang awal buat (Alvaro) Morata.
"Kami tidak menjaringkan gol itu dan insiden dalam kawasan berkenaan telah membuatkan kami melakukan kesilapan dan memberikan mereka sepakan penalti. Kemudian kami hampir dibolosi lagi tetapi dalam babak kedua, kami bermain dengan baik," katanya.
Juventus lebih banyak mengawal permainan dalam babak kedua selepas penyerang Porto, Mehdi Taremi, dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua tidak lama selepas Chiesa menyamakan kedudukan.
Persoalan kini kian meningkat mengenai kelayakan Pirlo untuk mengisi jawatan antara yang tertinggi dalam bola sepak Eropah itu.
Inter Milan kini berkelebihan 10 mata berbanding Juve di puncak Serie A -- sudah beraksi lebih satu perlawanan -- dengan peluang skuad Bianconeri itu untuk mempertahankan Scudetto kian menipis.
"Ia akan memerlukan beberapa hari (untuk melupakan kekalahan kepada Porto)," tambah Pirlo.
"Kami perlu fokus kepada kejohanan liga dengan menhadapi setiap perlawanan dengan sebaik mungkin, untuk mencuba meningkatkan kedudukan dalam carta liga."

? Juventus 3-2 Porto = a Champions League classic?
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021
⏰1⃣9⃣ Juventus 0-1 Porto (agg: 1-3)
⏰4⃣9⃣ Juventus 1-1 Porto (agg: 2-3)
⏰6⃣3⃣ Juventus 2-1 Porto (agg: 3-3)
⏰1⃣1⃣5⃣ Juventus 2-2 Porto (agg: 3-4)
⏰1⃣1⃣7⃣ Juventus 3-2 Porto (agg: 4-4)#UCL pic.twitter.com/El7z7DE2wC