Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Pesta jaringan ke atas Frankfurt, Liverpool akhirnya berjaya lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-new.jpg
Liverpool menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara ke atas Eintracht Frankfurt.

Pasukan Arne Slot terdesak untuk menghentikan rentak malang di Jerman, namun Frankfurt mendahului di awal permainan. Rasmus Kristensen menemui hantaran Mario Götze sebelum melepaskan rembatan menembusi gawang Liverpool.

Ia merupakan gol pertama pemain tersebut di pentas UCL namun ia gagal dijadikan sebagai tonik untuk terus kekal mendahului apabila gerakan yang direncana Andrew Robertson membenarkan Hugo Ekitike menyamakan kedudukan.

Liverpool akhirnya mendahului perlawanan apabila Virgil van Dijk menanduk masuk hantaran silang Cody Gakpo, sebelum Liverpool menambah satu lagi jaringan sebelum tamat separuh masa pertama -- Dominik Szoboszlai bertindak sebagai arkitek apabila hantarannya berjaya disambar Ibrahima Konaté.

Dua lagi gol yang terhasil menerusi Gakpo dan Szoboszlai melengkapkan kemenangan bergaya Liverpool di pentas UCL sekaligus menamatkan rentetan kekalahan yang cukup memalukan itu.

Untuk rekod, Liverpool kekal tanpa tewas apabila bertemu kelab Jerman dalam 15 perlawanan (Menang 12, seri 3).

Liverpool akan kembali beraksi Ahad ini bertemu Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video