UCL
UCL: Pep Guardiola tabik aksi kemas babak kedua Man City
MAN CITY 3 RED STAR 1
Pep Guardiola berasakan pasukannya menerima pengajaran berguna selepas perlu bangkit daripada ketinggalan untuk memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 3-1 ke atas Red Star Belgrade.
Penyandang juara itu tersentak apabila juara Serbia berkenaan menggegar gawang mereka dalam separuh masa pertama menerusi ledakan Osman Bukari dalam pertembungan Kumpulan G di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Iklan
Namun, seperti dalam kunjungan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke West Ham hujung minggu lalu, mereka mempamerkan kebangkitan selepas rehat untuk menang dan kali ini menerusi dua gol daripada Julian Alvarez dan satu daripada Rodri.
Pengurus City Guardiola berkata: “Sebaik menyambung permainan ketinggalan selepas ketinggalan, kami beraksi bagus.
"Selepas memenangi treble, kami perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa kami mampu bangkit.
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 19, 2023
"Dalam situasi ini adalah bagus dapat membuktikannya. Dalam kedua-dua perlawanan terakhir, kami beraksi dengan luar biasa dan serta-merta menjadi mantap dalam babak kedua.
"Secara umumnya kami masih mempunyai perkara yang perlu diperbaiki tetapi perlawanan ini benar-benar bagus."
Must-Watch Video