Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Nagelsmann sanjung Bayern peroleh kemenangan berharga

julian-nagelsmann-puji-aksi-cemerlang-bayern.jpg
Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, memberikan penghargaan atas persembahan cemerlang ditampilkan barisan pemain ketika memperoleh kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Inter, awal pagi tadi.

Bayern Munich mengatasi gergasi Serie A, Inter Milan dengan kemenangan 2-0 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara buat The Bavarians. 

Ia adalah persembahan yang mantap daripada pasukan, dan ketua jurulatih Julian Nagelsmann adalah orang pertama yang memberikan pujian kepada skuadnya.

“Saya sangat gembira dengan persembahan hari ini,” kata Nagelsmann selepas perlawanan.

“Kami mempunyai fasa sepuluh minit setiap separuh masa di mana kami memberi ruang kepada lawan. Tetapi secara keseluruhan kami sememangnya layak untuk menang. Amat penting untuk bermula dengan tiga mata.”

Ia bukanlah satu keputusan yang baru buat Bayern -- kemenangan kali ke-19 Bayern dalam aksi pembukaan musim Liga Juara-Juara berturut-turut -- ia datang dengan penampilan baharu untuk Bayern.

Selepas jendela perpindahan Robert Lewandowski berhijrah ke Barcelona (yang merupakan lawan Bayern seterusnya dalam peringkat kumpulan), Nagelsmann telah kembali kepada persediaan taktikal pilihannya, yang digunakannya dengan kejayaan semasa di TSG Hoffenheim dan RB Leipzig.

"Kami mempunyai ramai pemain yang fleksibel di hadapan yang boleh bergabung dengan sangat baik," katanya lagi. 

"Ia sentiasa bagus untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Sudah tentu masih ada ruang untuk penambahbaikan dan detik-detik di mana kami boleh melakukan lebih baik. Kami mengusahakannya setiap hari dalam latihan."

Advertisement

Must Watch Video