Kylian Mbappe mengisytihar "saya di sini bukan untuk berselindung" dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu bersedia untuk memberikan luka yang lebih besar buat Bayern Munich selepas membantu pasukannya meraih kemenangan 3-2 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
PSG akan turun ke suku akhir kedua di Parc des Princes awal pagi Rabu depan dengan misi membalas dendam ke atas Bayern, yang menewaskan mereka dalam final Kejohanan Eropah itu musim lalu.
Jaringan awal Mbappe dan penyudah kemas ketua pasukan, Marquinhos, yang dikeluarkan berikutan kecederaan tidak lama selepas itu, meletakkan juara Ligue 1 itu mendominasi perlawanan pertama di Arena Allianz.
Eric Maxim Choupo-Moting kemudian merapatkan jurang buat Bayern dengan gol ke atas bekas pasukannya itu dalam babak pertama dan Thomas Muller pula kembali mengikat kedudukan selepas waktu rehat.
Mbappe memastikan gol kemenangan pasukannya menerusi jaringannya yang ke-32 musim ini -- dan yang kelapan dalam UCL -- untuk menamatkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah milik Bayern dalam kejohanan itu.
Pemain kebangsaan Perancis, Mbappe, berazam untuk menyelesaikan tugasnya dan meletakkan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu dalam kelompok empat terbaik Eropah musim ini dan seterusnya menjulang trofi berkenaan buat kali pertama dalam sejarah.
"Seperti yang saya katakan di Barcelona (selepas menjaringkan hatrik dalam pusingan terdahulu), saya menggemari perlawanan seperti ini.
"Mereka tidak dapat menghalang saya dan mungkin tidak akan dapat melakukannya selepas ini tetapi saya berada di sini bukan untuk berselindung. Saya amat menggemari perlawanan seperti ini dan menjadi penentunya," katanya.
Mbappe menambah: "Saya menggemari perlawanan menentang pemain terbaik di dunia dan Manuel Neuer merupakan antara penjaga gol terbaik dalam sejarah.
"Saya tidak rasa tertekan. Saya tidak dapat menewaskannya dalam final (musim lalu) tetapi saya harap dapat melakukannya sekali lagi."
Penyerang prolifik PSG berusia 22 tahun itu -- yang menewaskan Bayern di laman sendiri dalam saingan UCL buat kali pertama sejak 1994 -- perlu menunjukkan semangat juang sama dalam perlawanan kedua.
"Ia persembahan sepasukan yang hebat dan saya mendapat manfaat daripada perkara itu.
"Tetapi ia baru separuh perjalanan dalam penentuan yang hebat ini. Kami menderita tetapi kami menderita sebagai satu pasukan.
"Kami beraksi kukuh dan berjaya membuatkan mereka menderita hasil daripada kekuatan kami.
"Ia perlawanan yang sukar menentang pasukan terbaik di Eropah buat masa ini. Kami bermain baik sebagai satu pasukan tetapi ini baru perlawanan pertama. Kami perlu bermain dengan penuh yakin (dalam perlawanan kedua) dan sekali lagi bermain sebagai sebuah pasukan," katanya lagi.

❤️?.... #FCBAYERNPSG pic.twitter.com/oRsshfpPle
— Kylian Mbappé (@KMbappe) April 7, 2021