Simone Inzaghi percaya usaha berterusan sebagai sebagai kunci untuk Inter mengulangi kejayaan dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Musim lalu, Nerazzurri merangkul kejuaraan Serie A dengan 19 mata dan menghuni tangga keempat musim ini selepas enam perlawanan dan dua mata di belakang pendahulu, Napoli.

Bagaimanapun, mereka tersingkir dalam pusingan 16 UCL musim lalu setelah mara ke final pada musim sebelumnya.

Mereka akan meneruskan impian itu dengan mengalu-alukan Red Star Belgrade, awal pagi esok dan Inzaghi berkata rentak permainan akan menjadi kunci buat pasukannya.



"Sukar untuk memenangi gelaran dan adalah lebih sukar untuk menang sekali lagi. Tetapi bagi pemain muda, mereka bekerja keras dengan komitmen yang tinggi," katanya kepada pemberita menjelang kunjungan Red Star.

"Kami masih kekurangan kesinambungan terutama tahun lalu. Kesinambungan itu yang menjadi jurang kepada anda dalam perebutan trofi dan UCL."