Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Inter Milan idam mara jauh

simeone-inzhagi.jpg
Inter Milan menyimpan hasrat untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) di bawah kendalian Simone Inzaghi yang mengintai untuk mengulangi prestasi musim lalu.

Inter mara ke final tetapi dikecewakan 0-1 oleh juara baru dan pemenang 'treble' Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, di Istanbul.

Justeru, mereka ingin memulakan kempen dengan baik apabila berdepan Real Sociedad dalam aksi pembukaan Kumpulan D awal pagi esok.

"Ini adalah satu perjalanan yang hebat," kata pengurus itu kepada pemberita. 

“Tahun ini kami kembali berjuang menentang kelab handalan. Kami akan bermain seperti tahun lalu walaupun sedar betapa sukarnya untuk mengulangi pencapaian musim yang lepas-lepas tetapi kami mahu mencubanya lagi.” 

Inter bertandang ke Sepanyol berbekalkan kemenangan besar 5-1 ke atas AC Milan dalam perlawanan 'derby' pertama musim ini.

Henrikh Mkhitaryan mencetak dua gol dengan Marcus Thuram, Hakan Calhanoglu dan Davide Frattesi turut menjaringkan gol di San Siro.

Bagaimanapun, pemain tengah Turki, Calhanoglu, tidak akan dapat diturunkan akibat kecederaan paha.

Penyerang Lautaro Martinez, yang membentuk kerjasama menarik di samping Thuram, berkata: “Kami adalah pasukan berwajah baru dengan beberapa tonggak baru. Saya gembira dengan kerja yang kami lakukan tetapi ini satu adalah perjalanan yang panjang, kami harus menampilkan prestasi memberangsangkan di peringkat permulaan, jadi saya tidak boleh berjanji. 

"Tetapi kami akan berusaha seperti biasa dengan menuruti arahan jurulatih dan kakitangannya."

 



La Real kembali dalam kalangan elit Eropah buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun selepas menduduki tempat keempat dalam LaLiga musim lalu.

Pengurusnya, Imanol Alguacil, percaya barisannya mampu mencipta kejutan awal.

Dia berkata: “Kami bermain di tempat sendiri dan menentang lawan yang selangkah lagi untuk memenangi pertandingan ini musim lalu.

“Kami akan bermain dengan rasa hormat dan rendah hati tetapi ini adalah UCL dan kami perlu turun ke padang dengan mencurahkan segala-galanya dan cuba untuk menang.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video