Pep Guardiola melabel Rico Lewis sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah dilatihnya selepas membintangani kemenangan Manchester City ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara.
Pemain berusia 18 tahun itu menghadirkan corak permainan yang cukup berkualiti ketika penyandang juara itu mengekalkan rekod kemenangan dalam saingan UCL dengan kemenangan 3-1 Red Bull Arena awal pagi tadi.
Lewis, yang berjaya masuk ke dalam kesebelasan utama sebagai pertahanan kanan musim lalu, melakukan lorongan buat jaringan pembukaan Phil Foden dan membuktikan bertindak sebagai penggerak pasukan sepanjang perlawanan.
Pengurus City, Guardiola, bekas pengurus Barcelona itu yang pernah mengendalikan pemain ternama termasuk Lionel Messi, berkata, "Pemain yang cukup menakjubkan! Cukup berkualiti!
“Saya telah menjadi pengurus selama 14, 15, tahun dan cukup bertuah untuk melatih salah seorang pemain terbaik dunia di Barcelona.
“Untuk mencari pemain yang mampu beraksi di ruang yang kecil, mampu bergerak seperti pemain tengah, dia adalah seorang pemain terbaik pernah saya latih.
“Seorang yang merendah diri, tidak banyak berkata-kata. Dia tidak banyak beraksi musim ini namun dia akan memainkan peranan yang cukup penting.”
Luis Openda berjaya menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua namun City bangkit di penghujung permainan apabila berjaya mendapatkan jaringan menerusi Julian Alvarez dan Jeremy Doku sekaligus memastikan tiga mata di tempat lawan.
Ammar Hakim
Thu Oct 05 2023