Geordies Dan Burn dan Sean Longstaff keduanya menyumbang jaringan buat Newcastle sekaligus meletakkan Paris St Germain dalam kebuntuan di Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Selepas lebih dua dekad The Magpies akhirnya kembali bersaing di Liga Juara-Juara Eropah dan ia seolah-olah mengimbau kembali kenangan manis ketika mereka menumbangkan pasukan gergasi, Barcelona dengan kemenangan 3-2 pada tahun 1997 dan kini berjaya membelasah juara Perancis 4-1 di hadapan 52,009 penonton di St. James' Park.
Miguel Almiron terlebih dahulu membuka jaringan Newcastle seawal minit ke-17 sejak dua gol Alan Shearer di Inter Milan pada Mac 2003, tetapi kali ini pemain tempatan Burn dan Longstaff yang berjaya pastikan Newcastle berada di puncak kumpulan F, sebelum Fabian Schar melengkapkan kemenangan sekaligus menhadiahkan duka buat skuad Luis Enrique.
PSG, dimiliki Qatar Sports Investments yang telah mencurahkan begitu banyak wang perbelanjaan dalam usaha yang masih belum berbalas untuk kegemilangan Eropah gagal atasi tekanan tinggi yang diberikan pasukan tuan rumah sebelum menuju ke bilik persalinan dan turut mensia-siakan penggunaan bakat tidak ternilai, Kylian Mbappe setelah Lucas Hernandez memberi PSG secebis harapan.
Perlawanan bermula dengan situasi kucar-kacir di kawasan tengah ketika Alexander Isak dan Anthony Gordon menimbulkan masalah kepada penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dan pertahanan Marquinhos pada awalnya.
Pasukan pelawat hampir mendahului seawal minit ke-5 ketika pemain muda berusia 17 tahun di jentera tengah, Warren Zaire-Emery yang cuba beri umpan buat Mbappe dengan hantaran lintangnya namun berjaya diseleweng penyerang Newcastle, Ousmane Dembele.
Pertahanan PSG, Achraf Hakimi akhirnya tumbang selepas kerja kerasnya di awal perlawanan lebur sebaik Newcastle mendahului di minit ke-17.
Tindak balas pemain tengah tuan rumah, Bruno Guimares sangat lemah ketika Donnarumma menepis rembatan deras Isak sebelum Almiron bijak mengambil manfaat untuk membuka jaringan ketiganya dalam beberapa permulaan aksi.
PSG kemudiannya bertindak balas secara agresif dengan rembatan Goncalo Ramos yang hampir merobek gawang tuan rumah hanya beberapa saat selepas Schar melepaskan rembatan yang nyaris menumbangkan Donnarumma.
Isak dibiarkan berlumuran darah susulan pertembungan kepala bersama Hernandez, tetapi tetap meneruskan aksi sebaik lukanya dibalut dan menukar baju. Nasib Newcastle selepas itu sekelip mata berubah menjadi lebih baik enam minit menuju ke bilik persalinan.
Donnarumma mempamerkan aksi cemerlang ketika Newcastle diberi kelebihan sepakan percuma yang di ambil Trippier dan kemudiannya berjaya menepis serangan bertubi namun terpaksa akur ketika bola itu diputuskan telah melepasi garisan menerusi semakan VAR yang mengambil masa panjang buat pengadil meneliti situasi itu.
PSG terus dirundum duka sebaik memasuki babak kedua perlawanan, ketika hantaran tepat Trippier kepada Longstaff membuka peluang untuk melepaskan rembatan sekaligus menumbangkan Donnarumma.
Pasukan pelawat meraih talian hayat selepas 56 minit berlalu apabila Lucas Hernandez bijak mengatur masa dengan untuk membuat tandukkan sempurna untuk memecah kebuntuan jaringan.
Kegembiraan itu hanyalah buat seketika sebelum Schar menutup perlawanan dengan jaringan keempat sekaligus menghadiahkan mimpi buruk buat PSG.
Sabrina Mustaffa
Thu Oct 05 2023