Richarlison berazam mencipta sejarah bersama Tottenham dan menikmati peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) di bawah asuhan Antonio Conte.
Pemain antarabangsa Brazil itu menjadi pembelian keempat Spurs dalam jendela perpindahan awal minggu ini apabila dipancing daripada Everton dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai sekitar £60 juta (RM319.5j).
Penyerang itu memainkan peranan penting dalam mengemudi The Toffees daripada ancaman penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan menjaringkan enam gol dalam sembilan perlawanan terakhir di bawah kendalian Frank Lampard.
Richarlison yang sebelum ini mewakili Watford dalam liga utama Inggeris tersebut teruja untuk turun bekerja dengan kelab barunya itu yang akan bersaing dalam UCL musim ini.
Lantas, dia teruja untuk memenuhi impiannya muncul dalam pertandingan kelab utama Eropah itu.
"Saya masih ingat lagi ketika berada di Brazil dan Tottenham membuat tawaran, saya pada mulanya tidak percaya. Lebih-lebih lagi selepas menandatangani kontrak," katanya kepada laman sesawang rasmi kelab.
“Apabila saya tiba di sini, saya berasa gementar melihat rakan sepasukan dan rumah baru.
"Sekarang, ia mengenai bekerja dengan pengurus hebat yang saya ada, begitu juga rakan sepasukan. Saya berharap dapat mencipta sejarah di sini ketika menyarung jersi ini.
"Saya selalu berkata adalah menjadi impian saya untuk bermain dalam UCL dan kini impian ini akan menjadi kenyataan. Dan ayuh kita lihat apa yang akan berlaku.
"Semua pemain mengimpikan untuk beraksi dalam pertandingan hebat ini jadi saya fikir apabila tiba masanya, saya akan menjadi agak emosi."
Richarlison juga berharap dapat membantu kelab London itu menamatkan penantian trofi sejak kali terakhir menggondol Piala Liga Inggeris (EFL), 14 tahun lalu.

COYS. pic.twitter.com/66MZDiMXsM
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) July 9, 2022
“Apabila saya tiba di sini, saya berasa gementar melihat rakan sepasukan dan rumah baru.
"Sekarang, ia mengenai bekerja dengan pengurus hebat yang saya ada, begitu juga rakan sepasukan. Saya berharap dapat mencipta sejarah di sini ketika menyarung jersi ini.
"Saya selalu berkata adalah menjadi impian saya untuk bermain dalam UCL dan kini impian ini akan menjadi kenyataan. Dan ayuh kita lihat apa yang akan berlaku.
"Semua pemain mengimpikan untuk beraksi dalam pertandingan hebat ini jadi saya fikir apabila tiba masanya, saya akan menjadi agak emosi."
Richarlison juga berharap dapat membantu kelab London itu menamatkan penantian trofi sejak kali terakhir menggondol Piala Liga Inggeris (EFL), 14 tahun lalu.
Only a few more weeks to the new EPL season, so layan these dulu. ?
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 10, 2022
Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/1APaNJ1fpl