TOTTENHAM 1 VILLAREAL 0
Mentaliti memimpin permainan mula diterapkan di Tottenham musim lalu tetapi tumpuan mereka kini menjadi kebal di gawang sendiri.
Kejayaan membenam Villarreal 1-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi, menyaksikan tuan rumah mengekalkan rekod tanpa bolos buat kali keempat dalam lima perlawanan sejak dikemudi Thomas Frank.
"Kami banyak bercakap tentang 'mentaliti tidak dibolosi' musim ini kerana kami bolos banyak tahun lalu," kata pemain tengah Tottenham, Lucas Bergvall.
"Villarreal tidak diberi ruang untuk melepaskan rembatan tepat jadi kami telah melakukan usaha yang sangat baik."
Pertahanan kelab London itu, Micky van de Ven, menambah: "Saya fikir kami menjadi pasukan yang sukar untuk ditangani.
"Daripada segi struktur kami di berada kedudukan yang tepat dan kami tahu apa yang perlu dilakukan, jadi kami adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan."