Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Bellingham perkuat Real Madrid selepas berehat panjang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bellingham.jpg
Real Madrid mendapat suntikan besar menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Marseille apabila Jude Bellingham kembali tersenarai dalam skuad utama.

Pemain tengah England berusia 22 tahun itu baru pulih selepas menjalani pembedahan bahu pada Julai lalu, masalah yang telah menghantuinya sejak 2023 selepas terkehel bahu ketika menentang Rayo Vallecano.

Bellingham kali terakhir beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA musim panas lalu sebelum berehat panjang. 

Dan minggu lalu, dia kembali menyertai sesi latihan penuh dan kini dimasukkan dalam skuad 23 pemain kendalian Xabi Alonso itu untuk perlawanan di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video