Thomas Tuchel menyeru Bayern Munich agar menyalakan "percikan" yang amat -amat diperlukan untuk mereka menghidupkan peluang kebangkitan ketika menentang Manchester City dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Bayern kecudang 0-3 di laman lawan minggu lalu, secara tidak langsung meletakkan Tuchel berdepan tugasan menggunung dalam perlawanan timbal balik awal pagi esok.
City bermaharajalela di Stadium Etihad apabila mendominasi Bayern sekalipun Tuchel percaya barisan kendaliannya beraksi dengan baik.
Media Jerman menyifatkannya sebagai misi ajaib memandangkan hanya empat kelab yang pernah memadam defisit tiga gol dalam pertemuan pertama di peringkat kalah mati.
Apa pun, Tuchel sedar Bayern perlu turun dan membaca permainan -– selain faktor penonton Allianz Arena -- bagi menghidupkan sebarang peluang.
"Kita tidak boleh mencipta keajaiban. Oleh itu, sudah tentu pendekatannya akan berbeza," katanya.
"Ketika di kedudukan 1-1, semua orang masih boleh memiliki kepercayaan. Tapi 0-3, segalanya berpusat tentang mencari tahap yang realistik.
“Perlawanan kami pada Sabtu lalu (seri 1-1 dengan Hoffenheim) pastinya tidak menyumbang ke arah itu.
"Kami percaya kepada diri sendiri dan dalam memenangi kedua-dua babak kelak.
"Dalam bola sepak apa sahaja mungkin boleh berlaku jadi detik-detik kecil adalah sebahagian daripadanya. Ia mengenai mencari kepercayaan dan mempunyai kepercayaan.
"Pada masa yang sama, percaya tidak bermakna bermimpi.
"Kami bertanggungjawab untuk memastikan bahawa percikan api dinyalakan dan kami juga akan menerima sorakan padu."

Final training before #FCBMCI ✅#MiaSanMia #UCL pic.twitter.com/r4SXOLiqUa
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) April 18, 2023