LALIGA
UCL: Barcelona hilang khidmat Pique
Barcelona perlu bersedia beraksi tanpa Gerard Pique untuk pertembungan penting Liga Juara-Juara (UCL) menentang Dynamo Kiev, Rabu ini.
Bek tengah itu terpaksa digantikan selepas 70 minit permainan ketika Barca seri 1-1 dengan Deportivo Alaves di Camp Nou dalam pertemuan LaLiga, semalam.
Kelab itu mengesahkan Pique mengalami ketegangan di otot betisnya dan secara tidak langsung akan meminggirkannya.
Iklan
Ia bermakna pemain berusia 34 tahun itu hampir pasti terlepas perlawanan di Ukraine dan lawatan ke Celta Vigo, Sabtu ini, sebelum rehat antarabangsa.
Pique menjaringkan gol kemenangan ketika membenam Dynamo dalam perlawanan pertama dan keputusan itu meletakkan kelab Catalan berkenaan satu mata di belakang pasukan di tangga kedua Kumpulan E, Benfica, selepas tiga aksi awal.
Dia telah diturunkan sebanyak 13 kali musim ini.
Dalam masa sama, Barca juga berkemungkinan tanpa Sergio Aguero selepas penyerang itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan jantung selepas mengadu rasa pening sebelum dikeluarkan ketika menghadapi Alaves.
Bagaimanapun, Ousmane Dembele, Ansu Fati dan Frenkie de Jong memberi perkhabaran gembira apabila melengkapkan sebahagian daripada latihan pasukan semalam.
? @Dembouz, @ANSUFATI & @DeJongFrenkie21 join the group for part of the training session pic.twitter.com/2Lpd9aPpH6— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 31, 2021
Must-Watch Video