Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Arsenal tidak rela dihantui masalah kecederaan

saka-ben-mee.jpg
Arsenal sedia mempertaruhkan William Saliba yang baru pulih daripada kecederaan buku lali tetapi terpaksa melupakan kelibat Martin Odegaard dan Bukayo Saka untuk membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) bertemu dengan Athletic Bilbao, awal pagi esok. 

Kehilangan Gabriel dan Kai Havertz menyaksikan The Gunners kecundang kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam separuh akhir UCL edisi lalu, lantas Arteta percaya mereka memerlukan nasih yang lebih baik berkenaan kecederaan sekiranya pasukannya berhasrat melangkah lebih jauh musim ini, seterusnya menjulang trofi.

"Seperti pasukan lain, mereka telah melalui hal yang sama dan mereka telah memenanginya dalam banyak kesempatan. 

"Kami tahu ia akan menjadi perjalanan yang sangat panjang. Anda perlu memberi diri anda peluang terbaik untuk memenangi perlawanan ini," kata pengurus Arsenal itu dalam sidang akhbar praperlawanannya. 




“Ketika itu, kami cukup bagus dan mampu bersaing dengan mana-mana pencabar.

"Kami berharap dua kehendak ini dapat dipenuhi.

"Kami perlu mempunyai skuad penuh dan memasukkan bola ke dalam jaring apabila ada peluang terhidang."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video