Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Arsenal terus 'berlagak', bekas juara tumpas dengan harga tinggi perlu dibayar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ucl.jpg
Calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, terus mendominasi perlawanan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Slavia Praha dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi. 

Dua gol daripada penyerang Sepanyol, Mikel Merino, dan satu sepakan penalti sempurna oleh Bukayo Saka sudah cukup untuk membuktikan The Gunners terus unggul di pentas antarabangsa tanpa sebarang kekalahan setakat ini. 

Skuad kendalian Mikel Arteta itu menghuni tempat kedua keseluruhan UCL sambil berkongsi mata di belakang juara Bundesliga, Bayern Munich. 

 

Dalam masa sama, ini merupakan kemenangan bersih kelapan gergasi England itu dalam lapan aksi berturut-turut dalam semua pertanding, sekali gus menyimpan hasrat untuk menghentikan kemarau kejuaraan musim ini.

Sementara itu, bekas juara edisi terdahulu, Paris Saint-Germain (PSG), menerima tamparan hebat susulan tewas 1-2 kepada Bayern Munich di tempat sendiri. 

 

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah jaguh Ligue 1 itu bakal kehilangan dua bintang penting ekoran mengalami kecederaan serius. 

Peminat PSG berang dengan tindakan bekas pemain Liverpool, Luis Diaz, yang menjadi punca kepada Achraf Hakimi mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada permainan awal pagi tadi. Menurut sumber, tonggak Maghribi itu tidak mampu berjalan dan diusung keluar oleh rakan sepasukan.

Pemenang Ballon d'Or, Ousmane Dembele, juga bakal terlepas beberapa aksi apabila kecederaan ketiga menghantui dirinya musim ini. Dia sekadar sempat beraksi selama 25 minit sahaja sebelum ditukar dan terus masuk ke bilik persalinan. 
Football

50% OFF Nike Mercurial Superfly

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video