Tyrone Mings tiada masalah dengan keputusan Steven Gerrard untuk menggantikannya sebagai ketua pasukan Aston Villa.
Villa mengesahkan bahawa John McGinn akan mengetuai pasukan itu menuju kempen 2022-23 dengan Emiliano Martinez mengambil alih sebagai naib kapten sementara Ashley Young menamakan kapten kelab -- tumpu kepada pemain.
Mings telah memakai lilitan kapten itu sejak Jack Grealish menyertai Manchester City tahun lalu.
Pemain antarabangsa England itu kerap diturunkan dalam tiga musim terakhir tetapi musim ini berdepan perebutan kesebelasan utama berikutan ketibaan Diego Carlos.
Menjelaskan keputusannya untuk menukar hierarki kepimpinan, Gerrard memberitahu laman sesawang rasmi kelab: "John telah membuktikan bahawa dia bersedia untuk mengambil alih jawatan ketua pasukan melalui persembahannya di atas padang selain sikap dan standard yang dipamerkan dalam latihan.
"Dia adalah anggota bilik persalinan yang popular yang menetapkan standard dan jangkaan tinggi terhadap dirinya. Emi adalah ahli kanan skuad yang dihormati dan pengalaman Ashley Young pula bercakap dengan sendirinya dan dia adalah duta yang sempurna untuk pasukan utama.
"Sememangnya, saya perlu mengadakan perbincangan dengan Tyrone dan saya telah menjelaskan sebab membuat keputusan ini. Lebih penting lagi, saya percaya bahawa tidak menggalas tugas sebagai kapten akan membolehkan Tyrone lebih fokus kepada permainannya sendiri, sekali gus boleh menguntungkannya dan pasukan."
Walaupun lebih banyak persoalan dibangkitkan mengenai masa depannya berikutan pengumuman itu, Mings melalui Twitter menyatakan dia memahami keputusan Gerrard.
“Bagi saya ini bukan mengenai John atau saya, ia mengenai apa yang sesuai buat Aston Villa,” katanya yang beraksi dalam 36 daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengurus; Saya gemar memimpin pasukan ini. Sesiapa yang mengenali John McGinn tahu betapa popularnya dia dan ia akan menjadi satu penghormatan untuk bermain di bawah kepimpinannya."

For me this isn’t about John or I, it’s about what’s right for Aston Villa. I have no issues with the managers decision; I’ve loved leading this team. Anyone who knows @jmcginn7 knows how infectious he is and it will be an honour to play underneath his captaincy ??? https://t.co/HwRawnf1ih
— Tyrone Mings (@TyroneMings) July 27, 2022