Skip to main content

Bola Sepak

Tunisia akhiri kemarau 40 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wahbi-khazri.jpg
PANAMA 1 TUNISIA 2

Tunisia merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Piala Dunia sejak 40 tahun lalu ketika bangkit menewaskan Panama 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan G, awal pagi tadi.


Pasukan negara Afrika itu -- yang bersama Panama tersingkir daripada Piala Dunia sebelum perlawanan di Mordovia Arena itu -- kali terakhir mengecapi kemenangan ketika menewaskan Mexico 3-1 pada 1978.

Sebelum kebangkitan yang dipamerkan dalam separuh masa kedua, Panama dilihat bakal meraih kemenangan pertama dalam penampilan sulung Piala Dunia selepas jaringan jarak jauh Jose Luis Rodriguez terkena Yassine Meriah untuk memberikan gol pendahuluan menerusi jaringan sendiri.

Tunisia mengharungi separuh masa pertama yang mengecewakan tetapi memulakan babak kedua dengan aksi lebih memberangsangkan untuk menyamakan kedudukan enam minit selepas perlawanan bersambung, dengan Fakhreddine Ben Youssef bertindak sebagai pencetus kebangkitan pasukan.

Penyerang Sunderland, Wahbi Khazri –- yang menjaringkan gol ketika tewas 5-2 kepada Belgium dalam aksi terdahulu -- muncul wira pasukan selepas minit ke-66.

Panama melancarkan beberapa usaha untuk menembusi benteng Tunisia tetapi gagal mencari gol yang mampu menjadi kenangan terbaik mereka dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Ketiadaan sasaran utama daripada kedua-dua pasukan menyaksikan perlawanan ini bermula agak hambar.

Naim Sliti berpeluang membuka jaringan tetapi rembatannya sekadar melewati palang gol manakala tandukan Rami Bedoui tenang dinafikan oleh penjaga gol, Jaime Penedo.

Panama dilihat mempamerkan aksi yang lebih teratur selepas menerima pengajaran ketika berdepan England dan dihadiahkan dengan jaringan pembukaan selepas perlawanan melepasi minit ke-30.

Rodriguez menerima hantaran Roman Torres sebelum melepaskan percubaan daripada luar kotak penalti sebelum penjaga gol Tunisia, Aymen Mathlouthi, tertampan masuk ke gawang sendiri.

Jaringan itu melonjakkan semangat pasukan Afrika itu tetapi membazirkan dua peluang untuk menyamakan kedudukan.

Tandukan Ben Youssef berjaya mencari Khazri sebelum melepaskan rembatan voli yang gagal disempurnakan.

Khazri sekali lagi berpeluang sebelum tamat separuh masa pertama, percubaannya bagaimanapun gagal menewaskan Penedo.

Tunisia dilihat seperti pasukan yang dihembus nafas baru pada permulaan separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Selepas memintas dua pertahanan, Sliti mencari Khazri untuk melakukan hantaran kepada Ben Youssef untuk membuka jaringan buat Tunisia..

Penyerang Al-Ettifaq itu berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi usahanya dinafikan oleh Penedo.

Bagaimanapun, serangan Tunisia pada minit ke-66 berhasil apabila larian yang dilakukan Oussama Haddadi membuka ruang untuk mencari Khazri, yang mudah menampan masuk bagi menjaringkan gol kedua.

Panama seperti buntu mencari jaringan penyamaan pada penghujung permainan dan Tunisia memastikan kemenangan kedua mereka dalam saingan Piala Dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video