UEL
Tumpuan Simeone adalah Atletico, bukan PSG
ATLETICO MADRID 3 LOKOMOTIV MOSCOW 0
Diego Simeone enggan berbincang mengenai spekulasi yang mengaitkan dirinya ke Paris Saint-Germain (PSG) selepas meraih kemenangan dalam saingan Liga Europa bersama Atletico Madrid, awal pagi tadi.
Dengan Unai Emery dijangka menamatkan tugasnya bersama PSG selepas tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Real, Simeone dilaporkan menjadi pengendali pilihan untuk mengambil alih pasukan Ligue 1 itu.
Iklan
Tetapi selepas meletakkan Atletico selangkah untuk mara ke suku akhir UEL dengan kemenangan 3-0 ke atas Lokomotiv Moscow, Simeone menjelaskan tumpuannya hanya terarah kepada Atletico.
"Celta Vigo," kata Simeone apabila ditanya mengenai tugas bersama PSG.
Simeone mengambil alih tugas di Atletico pada 2011, menjuarai UEL pada tahun berikutnya, menjulang gelaran LaLiga pada 2014 dan dua kali ke final UCL.
Tetapi pengendali kelahiran Argentina itu kerap dikaitkan bakal meninggalkan kelab berkenaan, dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan antara kelab di England yang berminat mendapatkan beliau.
Simeone gembira di atas persembahan Atletico dalam misi untuk menjuarai UEL buat kali ketiga selepas cemerlang menewaskan Moscow di Wanda Metropolitano.
Saul Niguez, Diego Costa dan Koke muncul penjaring Atleti yang membawa mereka selangkah untuk menempah slot suku akhir.
"Kami mendominasi perlawanan ini, terutama sekali dalam babak kedua, kami mempamerkan aksi yang lebih pantas dan agresif."
Must-Watch Video