Skip to main content

Bola Sepak

Tumpuan Ruiz hanya terarah kepada Costa Rica

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bryan-ruiz.jpg
Kapten Costa Rica, Bryan Ruiz, menegaskan dia memberikan fokus kepada Costa Rica dalam saingan Piala Dunia terlebih dahulu berbanding masa depannya bersama Sporting CP.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu berakhir pada penghujung musim 2017-18 selepas tiga musim bersama kelab Portugal itu.

Ruiz, yang beraksi bersama Costa Rica ketika tewas dalam aksi sulung Piala Dunia kepada Serbia semalam, yakin tumpuannya hanya terarah kepada negaranya di Russia.

"Situasi bersama Sporting tidak membelenggu saya," katanya.

"Kontrak saya akan berakhir dan saya tidak memiliki sebarang masalah mengenainya. Saya akan membuat keputusan mengenai kelab seterusnya selepas Piala Dunia berakhir.

"Saya cuba membuat persediaan yang terbaik dan meraih keputusan yang positif dalam kejohanan ini."

Costa Rica akan berdepan Brazil dalam aksi kedua Kumpulan E, Jumaat ini.
 

Advertisement

Must Watch Video