Eden Hazard menjelaskan dia tidak berusaha untuk berpindah ke Real Madrid, sebaliknya memberikan tumpuan untuk menjuarai Liga Europa (UEL) walaupun penyerang Chelsea itu tidak menolak kemungkinan angkat kaki ke Santiago Bernabeu.
Hazard telah lama dikaitkan menyertai Los Blancos dan masa depan pemain kebangsaan Belgium itu masih lagi tidak diputuskan sementara Zinedine Zidane kini sudah kembali memimpin Real.
Bintang berusia 28 tahun itu memiliki kontrak bersama Chelsea sehingga 2020 dan dijangka tidak akan menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal di Stamford Bridge.
Hazard tidak lagi merahsiakan impiannya untuk bermain bersama Real tetapi bekas pemain Lille itu meletakkan kejuaraan UEL sebagai tumpuan utama musim ini.
"Saya tidak berusaha untuk berhijrah ke Real buat masa ini," kata Hazard.
"Saya mahu menyinar bersama Chelsea dan memenangi UEL.
"Minggu ini, saya akan mengutamakan Belgium dan kembali ke Chelsea."
Hazard –- yang sedang membuat persiapan menghadapi kelayakan Euro 2020 berdepan Russia dan Cyprus -- berkata lagi, "Kami mampu menang UEL -- wajib juarai UEL, atau mengakhiri saingan liga dalam kelompok empat pasukan terbaik untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
"Ia adalah tumpuan saya ketika bersama Chelsea."
Hazard telah menjaringkan 16 gol musim ini, 13 daripadanya hadir dalam aksi Liga Perdana Inggeris.