Skip to main content

Bola Sepak

Tumpuan De Bruyne bukan kepada aksi berdepan England

kevindebruyne.jpg
Kevin De Bruyne tidak "memberikan tumpuan" pada aksi terakhir Kumpulan G saingan Piala Dunia Belgium berdepan England, kerana Red Devils telah pun layak ke pusingan seterusnya.

Belgium dan England memenangi dua perlawanan pembukaan ke atas Tunisia dan Panama untuk layak ke pusingan 16  dan aksi di Kaliningrad akan memutuskan siapa yang bakal menjuarai kumpulan.

Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, memberi bayanangan beliau akan merombak pasukan, dengan De Bruyne merupakan salah seorang pemain yang bakal direhatkan sementara Romelu Lukaku, Dries Mertens, Eden Hazard dan Vincent Kompany berkemungkinan turut direhatkan kerana mengalami kecederaan ringan.

Pemain tengah Manchester City itu tidak dilihat terlalu meragui ancaman England kerana menyedari bahawa saingan utama adalah dalam pusingan seterusnya.

"England memiliki skuad yang berkualiti. Tetapi saya tidak meletakkan tumpulan kepada mereka," kata De Bruyne.

"Kami sudah layak dan ia telah mengubah persiapan kami untuk perlawanan ini," ujarnya.

De Bruyne mengakui bahawa banyak pengalaman dalam kejohanan utama sebelum ini memberikan kelebihan kepadanya untuk memberikan tumpuan kepada sasaran utama pasukan.

"Kami lebih tenang. Brazil 2014 merupakan pengalaman yang baru buat kami. Saingan Euro pula merupakan sesuatu yang berbeza. 

"Kami memiliki pengalaman yang banyak dan ia merupakan satu kunci bagi Belgium dalam usaha mengecapi kejayaan di Russia. Kami berharap dapat mara jauh dalam saingan kali ini."

Advertisement

Must Watch Video