Peguam Cristiano Ronaldo, Peter Christiansen, menegaskan waran yang dikeluarkan bagi meminta sampel DNA bintang Juventus itu merupakan prosedur biasa ekoran penyiasatan dakwaan rogol ke atas pemain itu.
Bekas model kelahiran Amerika Syarikat (AS), Kathryn Mayorga, mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual terhadapnya dalam sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.
Bagaimanapun, bekas kapten Portugal itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
Akhbar Jerman, Der Spiegel, merupakan yang pertama melaporkan dakwaan itu dengan turut mendakwa Ronaldo membayar AS$375,000 (RM1.5 juta) kepada Mayorga sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian privasi yang menghalang wanita itu daripada mendedahkan perkara berkenaan kepada umum pada 2010.
Mayorga kemudian membuat tuntutan mahkamah bertujuan membatalkan perjanjian itu dan polis Las Vegas kembali membuka kertas siasatan dakwaan tersebut.
Christiansen mengesahkan pembayaran itu dilakukan kepada Mayorga, namun mendakwa sebahagian dokumen dan bahan bukti telah dicuri dan diada-adakan.
Ronaldo pula menyatakan merogol merupakan jenayah yang bertentangan dengan dirinya dan menolak dengan sekeras-kerasnya dakwaan itu pada Oktober tahun lalu.
Terbaru, Wall Street Journal melaporkan pihak polis Las Vegas meminta sampel DNA daripada Ronaldo.
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Omnisport, Christiansen berkata: "Ronaldo kekal seperti yang umum mengenalinya selama ini.
"Apa yang berlaku di Vegas pada 2009 itu adalah atas kerelaan bersama.
"Adalah tidak mengejutkan untuk sampel DNA diminta daripadanya.
"Ia merupakan prosedur biasa dalam penyiasatan," katanya.
Ronaldo, 33, telah menjaringkan 14 gol dalam Serie A dan 15 secara keseluruhan untuk Juventus musim ini sejak tiba daripada Real Madrid, Julai lalu.