NEWCASTLE UNITED 0 CHELSEA 3
Thomas Tuchel berkata dia tidak akan meraikan kegagalan pencabar terdekat Chelsea dalam perebutan tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun pasukannya ketika ini berada di puncak dengan kelebihan tiga mata.
The Blues kini berkelebihan tiga mata di puncak EPL selepas Liverpool terikat 2-2 dengan Brighton and Hove Albion manakala Manchester City pula tewas 0-2 kepada Crystal Palace.
Tanpa dua penyerang utama, Romelu Lukaku dan Timo Werner, yang masih cedera, Chelsea kelihatan agak tumpul di bahagian depan sebelum pertahanan sayap, Reece James, membuka jaringan pada minit ke-65.
James kemudian menjaringkan gol kedua peribadinya sebelum Jorginho melengkapkan keputusan gemilang itu dengan gol sepakan penaltinya pada sembilan minit terakhir di St James' Park untuk Chelsea kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam kesemua kejohanan.
Walaupun pasukannya kini berkelebihan tiga mata di depan Liverpool dan lima mata mengatasi juara bertahan, City, Tuchel menegaskan bahawa dia hanya fokus mengenai prestasi pasukannya.

"Ia bukan waktunya untuk meraikan keputusan di gelanggang lain. Masih terlalu awal dan kami hanya mahu fokus terhadap diri sendiri.
"Apa yang berlaku pasti ada balasannya. Masih terlalu panjang untuk memikirkannya dan jika anda fikir saya kini lebih gembira, ia tidak benar.
"Kami perlu kekal berpijak di bumi yang nyata. Saya gembira dengan usaha pasukan kami hari ini tetapi kami tidak meraikan keputusan pasukan lain.
"Anda boleh tewas mana-mana perlawanan pada bila-bila masa.
"Jadi, kami perlu fokus dan meneruskannya. Ayuh lihat ke mana ia akan pergi tetapi perjalanannya masih jauh," katanya.