Thomas Tuchel berasakan dia amat secocok dengan Chelsea sejak hari pertamanya di kelab itu selepas beberapa keraguan awal mengenai pelantikannya.
Selepas dipecat Paris Saint-Germain (PSG) pada Disember 2020, Tuchel kemudian dilantik sebagai pengganti Frank Lampard di Stamford Bridge pada Januari dengan kontrak 18 bulan dan secara tidak langsung menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai kesesuaian jangka panjangnya untuk menggalas jawatan itu.
Bekas pengurus Borussia Dortmund itu telah membuktikan pilihan yang bijak untuk The Blues. Selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) pada Mei lalu, Tuchel telah membimbing pasukannya mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan dua mata musim ini selepas memungut lapan kemenangan daripada 10 perlawanan.
Dengan perubahan yang bakal diambil seteru London, Tottenham, yang dikhabarnya berhajat melantik Antonio Conte selepas pemecatan Nuno Espirito Santo -– Tuchel amat gembira dengan tempoh kendaliannya di England selepas membuat keputusan berani untuk menerima tawaran The Blues.
Bercakap menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Malmo, awal pagi esok, apabila kemenangan akan meletakkan mereka di kedudukan yang kukuh untuk mara ke fasa kalah mati, Tuchel berkata: "Anda memerlukan sedikit tuah; anda tidak boleh memenangi UCL melalui perancangan dan usaha semata-mata. Ia bukan begini. Anda perlukan tuah dan bila ia sepatutnya berlaku.
"Saya berada di sini atas dasar pengalaman di kelab dan pasukan lain. Saya bersyukur saya banyak belajar di peringkat akademi, beberapa pihak dalam kerjaya saya ini menaruh kepercayaan dan memberi keyakinan terhadap saya, bermula dengan ibu bapa saya dan bos di akademi remaja.
"Sasarannya adalah untuk menjadi lebih baik setiap hari, setiap perlawanan, tidak pernah berhenti untuk maju sebagai jurulatih. Kini segalanya nampaknya begitu secocok buat saya sejak hari pertama saya di sini. Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini.
"Jika anda berasa gembira dan dihargai, anda mampu mencapai keputusan bersama-sama. Saya sebahagian daripada pasukan dan kelab besar ini. Beginilah cara saya melihat diri saya. Saya tidak gembira dipecat oleh PSG kerana saya ada impian besar dalam UCL dan hasrat untuk memenangi liga sekali lagi.
"Tetapi beberapa minggu kemudian peluang berharga ini hadir dan saya lebih berminat untuk menyahut cabaran ini berbanding berasa gentar dengan kontrak 18 bulan yang ditawarkan. Anda perlu berani dan saya telah meraih ganjaran yang besar daripadanya. Saya gembira di mana saya berada."
Chelsea akan menentang Malmo tanpa Timo Werner, Romelu Lukaku dan Mateo Kovacic yang tercedera, manakala Mason Mount juga tidak dapat diturunkan atas masalah kesihatan.
Bagaimanapun, Tuchel berkata Christian Pulisic akan kembali dalam skuad dan bintang Amerika Syarikat itu hanya bermain dua kali musim ini.

10 - Chelsea have won 10 of their 14 Premier League away games under Thomas Tuchel (D3 L1). Only Guus Hiddink and José Mourinho (13) have reached 10 away victories in fewer games in the competition than the German. Perfect. pic.twitter.com/MTB79IeIIC
— OptaJoe (@OptaJoe) October 30, 2021