Thomas Tuchel menegaskan Borussia Dortmund mampu mempamerkan aksi yang lebih baik selepas seri 2-2 dengan Real Madrid.
Kelab Jerman itu mempamerkan persembahan yang mantap di Signal Iduna Park, namun memerlukan jaringan pada babak akhir perlawanan daripada Andre Schurrle untuk berkongsi satu mata.
Tuchel gembira menyaksikan skuad kendaliannya bangkit mencari gol penyamaan tetapi berkata mereka masih memiliki ruang untuk diperbaiki.
"Kami gembira sepenuhnya kerana kami yakin masih terdapat ruang buat kami yang boleh diperbaiki," ujar Tuchel.
"Ia tidak rasa seperti kemenangan dengan hanya menyamakan kedudukan pada akhir perlawanan. Kami harus melakukan lebih lagi. Bagaimanapun, saya berhak mendapatkan keputusan seri ini."
Schurrle berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh pasukannya dan menegaskan kebangkitan mereka akan membantu perkembangan pasukan.
"Kami bermula dengan baik dan berjaya menemui ruang dalam perlawanan ini, namun kami gagal menyempurnakan peluang kerana membuat keputusan yang salah," jelas Schurrle.
"JIka kamu berjaya bangkit dua kali berdepan Real Madrid, ia merupakan satu pencapaian yang baik. Ia akan membantu perkembangan pasukan ini."