Skip to main content

Bola Sepak

Tuah "reben merah" buat Messi

lionelmessi.jpg
Bintang Argentina, Lionel Messi, mendedahkan dia memakai reben tuah yang diberikan kepadanya oleh ibu salah seorang wartawan selepas membantu pasukannya lolos ke pusingan kalah mati Piala Dunia. 

Messi mencetak jaringan pertama di Russia 2018 ketika Argentina merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Nigeria, kelmarin.

Pemain itu bergelut dalam Piala Dunia sebelum mencetak gol sulung dalam edisi kali ini, sekali gus membantu skuad kendalian Jorge Sampaoli itu menghuni tangga kedua Kumpulan D.

Messi mendedahkan dia memakai reben merah di buku lali kirinya yang diberikan oleh ibu salah seorang wartawan kelahiran Argentina, Rama Pantarotto, untuk perlawanan berdepan Nigeria.

"Lihat," kata Messi ketika menunjukkan reben yang dipakainya.

Argentina, yang bergelut di Russia, lolos ke pusingan kalah mati hasil jaringan Marcos Rojo pada minit ke-86.

Skuad kendalian Sampaoli itu akan berdepan Perancis dalam aksi seterusnya di Kazan, Sabtu ini.
 

Advertisement

Must Watch Video