Skip to main content

Bola Sepak

Tuah janggut sejemput Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo_1.jpg
Cristiano Ronaldo kini menyimpan janggut selepas berseloroh dengan rakan sepasukan di dalam kem Portugal, Ricardo Quaresma.

Bintang Real Madrid itu mengetuai Portugal untuk mengalahkan Maghribi malam tadi, sekali gus meletakkan juara Euro 2016 itu semakin hampir untuk ke peringkat kalah mati.

Selepas melakar hatrik ketika seri 3-3 dengan Sepanyol dalam aksi Kumpulan B minggu lalu, Ronaldo kini mendahului pemburuan Augerah Kasut Emas Piala Dunia Russia.

Ronaldo menampilkan imej baru sambil mendedahkan ilham terhadap keputusannya menyimpan janggut semasa sidang akhbar selepas perlawanan.

Ketua pasukan Portugal itu berkata: "Janggut sejemput ini? Ini mengenai jenaka saya dengan (Ricardo) Quaresma.

"Semasa kami berada di dalam bilik sauna (sebelum menentang Sepanyol), saya mula bercukur dan saya meninggalkan sejemput janggut -- saya berkata, jika saya menjaringkan gol esok, maka saya akan membiarkannya sepanjang kejohanan ini.

"Dan ia memberi saya tuah. Saya meledak gol dalam perlawanan itu dan pada malam ini, jadi ia akan kekal."

 

Advertisement

Must Watch Video