Syarikat yang menguruskan pasukan Kelantan musim ini, Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), akan memanggil semua pemain yang terlibat dalam kes tunggakan gaji untuk bersemuka minggu depan bagi membincangkan kaedah pembayaran yang boleh dilaksanakan.
Pengarah Urusan TRW, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, berkata pertemuan itu sangat penting kerana syarikatnya tidak mampu membayar tunggakan gaji pemain secara sekali gus.
“Saya telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan isu ini dan selepas itu kami akan panggil pemain untuk berunding kaedah terbaik melangsaikan hutang mereka.
“Cuma, saya berharap semua pemain Kelantan yang terbabit dapat bersabar dengan keadaan kewangan persatuan yang masih belum pulih sepenuhnya," katanya.
Wan Rakemi yang juga bekas pengurus The Red Warriors musim lalu memberitahu pihaknya masih mencari penaja utama untuk bersama-sama berganding bahu dengan syarikatnya membangunkan semula bola sepak negeri Kelantan.
"Kami tidak meletakkan sebarang syarat, termasuk jumlah penajaan, kepada mana-mana pihak yang sudi menjalin kerjasama. Apa yang penting, perancangan sekarang ialah untuk persiapkan pasukan menghadapi Liga Malaysia musim ini.
“Dalam keadaan bebanan hutang sekarang ini, TRW perlu mempunyai perancangan terperinci memandangkan kami masih belum mempunyai penaja utama. Maka, inisiatif terbaik ialah mencari rakan kongsi untuk memenuhi kantung TRW."
Terdahulu, beliau dan kepimpinan tertinggi TRW menyaksikan upacara menandatangani perjanjian rakan strategi melibatkan dua syarikat, iaitu Nexy Ventures Sdn Bhd yang diwakili pengarah urusannya, Wan Mohd Hafiz Othman, dan Syarikat Matek Maju Resource yang diwakili pengurusnya, Muhammad Syawal Mahmood, di Kota Bharu hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.
Editor: Nafis Abdullah