Kevin Trapp berasakan "sesuatu yang istimewa" untuk menganggap Gianluigi Buffon sebagai rakan sepasukannya bersama Paris Saint-Germain (PSG).
Buffon menamatkan kariernya bersama Juventus dengan kejuaraan Serie A dan Coppa Italia musim ini dan penjaga gol berusia 40 tahun itu dikaitkan bakal menyertai PSG.
Trapp berjaya mendapatkan tempat dalam skuad Jerman ke Piala Dunia walaupun kurang waktu bermain di Parc des Princes kerana Alphonse Areola tampil dengan aksi yang lebih cemerlang.
Trapp bagaimanapun sedia menerima Buffon sebagai rakan sepasukan walaupun ia akan menjejaskan lagi peluangnya untuk tampil dalam kesebelasan utama.
"Terdapat banyak khabar angin mengenai penjaga gol yang bakal menyertai PSG," katanya.
"Jika semuanya ke Paris, kami sudah memiliki 15 penjaga gol.
"Buat saya, Buffon adalah seorang legenda. Apa yang telah ditampilkannya sejak beberapa tahun yang lepas, beraksi pada tahap tertinggi, adalah sesuatu yang menakjubkan.
"Jika anda berpeluang bekerjasama dengan penjaga gol seperti Buffon, ia akan menjadi sesuatu yang istimewa."