Ikon AS Roma, Francesco Totti, masih mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan kariernya yang luar biasa atau bersara pada akhir musim ini.
Totti menjadi pemain profesional di Stadio Olimpico sejak 1992 dan muncul penyerang kedua terbanyak sepanjang zaman Serie A.
Bagaimanapun, kontrak pemain berusia 40 tahun itu akan tamat dan presiden kelab, James Pallotta, menyatakan pada minggu ini bahawa Roma telah menawarkan kontrak selama enam tahun kepadanya sebagai seorang pengarah kelab Giallorossi.
Totti, yang menjuarai Serie A sekali dan Coppa Italia sebanyak dua kali bersama Roma, masih mengambil bersikap sikap terbuka dengan pilihan yang ada.
"Saya boleh menjadi sebahagian daripada ahli lembaga Roma selama setahun," Totti memberitahu Canale 5.
"Atau saya masih terus beraksi.
"Atau saya boleh menjadi ejen dan cuba untuk mencari juara seterusnya. Saya mempunyai sedikit pengalaman yang bagus dalam dunia bola sepak."
Totti hanya tampil sebagai watak sampingan bersama Roma musim ini dengan hanya tampil dalam 11 perlawanan Serie A, di mana dia telah menyumbat dua gol.