Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Torres sedia robek gawang Leverkusen

torres-available-for-leverkusen-tie-following-head-injury.jpg

Fernando Torres kembali bersedia untuk diturunkan dalam skuad utama Atletico Madrid buat kali pertama sejak mengalami kecederaan kepala ketika bertemu Deportivo La Coruna, awal bulan lalu.

Skuad bimbingan Diego Simeone itu berdepan Bayer Leverkusen dalam aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) di Vicente Calderon, dengan kelebihan jaringan selepas menang 4-2 dalam aksi pertama di Jerman.

Kelibat Torres tidak kelihatan sejak perlawanan LaLiga menentang Deportivo sesudah penyerang kebangsaan Sepanyol itu berlaga kepala dengan pertahanan lawan, Alex Bergantinos.

Imbasan CT menunjukkan Torres sudah pulih sepenuhnya dan telah meninggalkan hospital pada hari berikutnya, dan dilihat bakal diturunkan berdepan Leverkusen, awal pagi esok.

Selain Torres, pemain pertahanan, Stefan Savic, juga akan diturunkan selepas pulih daripada kecederaan patah hidung ketika bertemu Granada, Sabtu lalu.

Advertisement

Must Watch Video