Lakukanlah yang terbaik jika mahu pasukan PKNP FC terus wujud.
Itu amaran Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, kepada pemain kelab itu berikutan kedudukannya dalam kelompok bawahan Liga Super 2019 ketika ini.
Selepas enam perlawanan, PKNP FC sekadar mengutip satu mata dan kini menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan.
"Terpulang kepada pemain untuk menentukan hala tuju dan masa depan pasukan ini.
"Jika tidak mampu bersaing dalam Liga Super dan tersingkir ke Liga Perdana tahun depan, kita tutup sahajalah pasukan," katanya kepada stadiumastro.
Zainol, yang juga penasihat Menteri Besar Perak, berkata usaha sudah dilakukan oleh pengurusan pasukan untuk menyediakan skuad mantap dan jitu.
Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan jurulatih merangkap pengurus pasukan, Abu Bakar Fadzim, tentang bagaimana hendak mengadunkan pasukan.
Selepas berehat hampir tiga minggu, aksi Liga Super akan bersambung esok.
PKNP FC akan melayani kunjungan pasukan tercorot, Kuala Lumpur, di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Sabtu ini.
Kedua-dua pasukan sudah tentu akan turun dengan tekad untuk meraih kemenangan pertama dan memperbaiki kedudukan.