Kelantan Red Warrior (KRW) secara rasminya mengumumkan kehadiran tiga pemain import yang akan memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Tiga pemain tersebut yang bakal mengisi posisi di bahagian serangan ialah Emmanuel Mbarga dari Cameroon, Otis Khan dari Pakistan serta Kayden Soper dari Australia.
Turut sah memperkuatkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu ialah bekas penjaga gol Penang, Syafiq Afifi, serta pemain muda tengah, Niam Mulhasan Alias.
Jelas Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, pasukannya itu kini dilengkakapkan dengan 30 barisan terbaik bagi merealisasikan misi untuk layak ke kempen Liga Super 2026/2027.
"Jurulatih (yang bertanggungjawab) sepenuhnya dalam pemilihan pemain.
"Dari awal musim lagi saya sudah beritahu bahawa Irfan Bakti diberikan kebebasan sepenuhnya.
"Kami sangat teruja untuk perlawanan persahabatan dengan Negeri Sembilan pada malam ini dan ada beberapa perlawanan lagi yang sedang diaturkan untuk impian kami dan rakyat Kelantan ke Liga Super," katanya.