Media Jerman, Bild, menggunakan tajuk utama keputusan aksi Piala Dunia 2014 selepas mereka tersingkir daripada pusingan pertama Russia 2018 manakala media Britain bergembira di sebalik kejutan itu.
Skuad kendalian Joachim Low itu mengalami kekalahan 2-0 kepada Korea Selatan semalam dan mengakhiri Kumpulan F sebagai pasukan tercorot, yang menyaksikan Sweden dan Mexico lolos ke pusingan kalah mati.
Tetapi The Sun bergembira di sebalik kejutan itu -- dengan menggunakan perkataan 'Schadenfreude' (geli hati) di laman utama mereka -- manakala Bild mengambil tajuk daripada edisi 2014.
Akhbar Jerman itu menggunakan "Tidak terkata", tajuk yang sama digunakan ketika diaibkan Brazil 7-1 dalam aksi separuh akhir empat tahun lalu.
Fox Sports Brasil turut bergembira di sebalik penyingkiran Jerman.