BOLA SEPAK
Tidak perlu tuding jari -- El Shaarawy
ROMA 2 LYON 1 (Lyon mara dengan agregat 5-4)
Stephan El Shaarawy percaya Roma hanya perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal bertahan dengan baik dalam aksi pertama pusingan kalah mati saingan Liga Europa (UEL) ketika berdepan Lyon.
Roma meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan timbal balik di Stadio Olimpico, namun kejayaan Lyon melakar kemenangan 4-2 sudah memadai buat mereka menempah slot ke suku akhir dengan kemenangan 5-4 secara agregat.
Iklan
Walaupun menjadi kunci utama jentera serangan pasukannya, El Shaarawy tidak bergembira di atas kemenangan itu.
"Kami tidak bolos empat gol dalam perlawanan pertama," katanya.
"Kami telah melakukan segala apa yang termampu dalam perlawanan ini, namun kami masih kekurangan satu gol.
Roma kini tinggal dua cabaran -- menduduki tangga kedua Serie A serta ketinggalan 2-0 kepada Lazio dalam saingan separuh akhir Coppa Italia.
"Kami telah meletakkan sasaran yang tinggi dalam UEL, namun kami perlu melihat ke hadapan dengan mencuba yang terbaik ketika berdepan Lazio."
Must-Watch Video