Monaco tidak memiliki jentera serangan yang sama seperti 'MSN' buat Barcelona, namun Fabinho yakin mereka mampu menyingkirkan Manchester City untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar menemui sasaran ketika Barca menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 6-1 untuk mara ke pusingan suku akhir.
Monaco menghadapi aksi timbal balik selepas ketinggalan 5-3 kepada City, dengan dua gol sudah memadai buat mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.
Fabinho mengakui pendahulu Ligue 1 itu tidak memiliki jentera serangan yang berbisa seperti MSN, namun dia yakin skuad bimbingan Leonardo Jardim mampu melakar kejutan di Stade Louis II.
"Saya tidak menjangkakan PSG boleh tersingkir tetapi ia berlaku. Ia telah menunjukkan kepada kita apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak," katanya.
"Kami hanya memerlukan dua gol tetapi ia tidak mengubah aras kesukaran yang perlu kami hadapi. Kami bakal berdepan lawan yang sukar dalam perlawanan ini.Monaco have won their last 8 home games in all competitions. ?#UCL pic.twitter.com/aY4vXg8IwH
— Champions League (@ChampionsLeague) March 13, 2017
"Kami tidak memiliki MSN tetapi kami bergantung kepada kekuatan yang dimiliki oleh Monaco."