Skip to main content

Bola Sepak

Tidak kira Messi atau Ronaldo, saya tetap nombor satu -- Mbappe

kylianmbappe.jpg
Kylian Mbappe telah mendedahkan satu helah ego yang membolehkannya untuk percaya bahawa kemahirannya tiada tandingan, termasuk jika dibandingkan dengan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

Penyerang Perancis dan Paris Saint-Germain (PSG) itu telah mendedahkan betapa pencapaian tertinggi yang diraihnya pada hari ini didorong oleh keyakinan diri yang amat besar.

Dia sudah pun mengatasi pencapaian Messi dan Ronaldo dengan memenangi Piala Dunia bersama Les Bleus dan semakin rakus mengumpul trofi di peringkat kelab.

Mbappe menyedari realiti bahawa bintang Argentina dan Portugal itu telah menjulang lebih banyak pencapaian gemilang berbanding dirinya tetapi dia langsung tidak menghiraukan perkara itu setiap kali beraksi di atas padang.

Dalam satu temu bual bersama penyiar Perancis, RMC Sport, Mbappe menjelaskan mengenai pendekatan egonya itu: "Sudah pasti ia amat penting kerana apabila anda melalui waktu sukar, tiada siapa melainkan diri anda sendiri dapat memberikan dorongan.

"Dan anda perlu meyakinkan diri anda bahawa anda mampu berada di puncaknya. Ramai yang tidak faham mengenai ego tetapi apabila anda tidak dapat melakukan yang terbaik, tiada siapa akan datang ke rumah anda dan memberitahu bahawa anda boleh melakukannya.

"Hanya ada anda dan pemikiran anda. Anda perlu memujuk diri anda bahawa anda mampu melakukan perkara yang hebat.

"Setiap kali berada di atas padang, saya sentiasa katakan kepada diri saya bahawa saya merupakan yang terbaik walaupun saya akan berdepan Messi atau Cristiano.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kylian Mbappé (@k.mbappe)


"Mereka pemain yang lebih bagus berbanding saya, mereka telah melakukan berbilion perkara berbanding saya. Tetapi dalam pemikiran saya, saya sentiasa katakan bahawa saya merupakan yang terbaik kerana dengan cara itu, anda tidak akan meletakkan batasan terhadap kemampuan anda dan anda akan melakukan yang terbaik buat diri anda.

"Sudah pasti adakalanya mereka tidak faham kerana saya fikir bahawa mungkin terdapat batasan yang dicipta berkaitan subjek ini, di mana mereka tidak menjelaskan maksud sebenar ego itu.

"Mereka akan fikir ego itu seperti tidak memberikan sepakan penalti kepada rakan atau memiliki gaji yang lebih besar berbanding pemain dalam pasukan lawan. Ia bukan setakat itu, ia lebih besar berbanding kepercayan lapuk dengan berkata 'saya aku, saya aku'. Tetapi saya fikir lebih banyak untuk diperkatakan mengenainya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video