Selain amaran kerana melewatkan permainan ketika berdepan Australia, negara jiran itu menerima denda sebanyak 10,000 Swiss Franc (RM50,000) susulan kelewatan pasukan hadir ke venue perlawanan ketika aksi menentang China di Qingdao, bulan lalu.
Kedua pula adalah denda sebanyak 5,000 Swiss Franc (RM25,000) bersama penggantungan satu perlawanan buat pengurus pasukan, Kombes Pol Sumardji, kerana melakukan protes semasa melakar keputusan seri kontroversi ketika Indonesia berdepan Bahrain.
? FIFA Sanctions for Indonesia ?? in 2026 World Cup Qualifiers ?
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 10, 2024
FIFA has announced disciplinary actions against Indonesia’s national team following incidents during the 2026 World Cup qualifiers.
1️⃣ Warning for delaying the match against Australia on September 10, 2024.… pic.twitter.com/MQnUVb4ggz
Malah, penganalisis pasukan, Kim Jong-jin, turut dihukum dengan penggantungan dalam empat perlawanan bersama bayaran denda 5,000 Swiss Franc (RM25,000) kerana tindakan protes secara agresif.
Indonesia bakal meneruskan kempen Kelayakan Piala Dunia berdepan pasukan gergasi Asia, Jepun, di Stadium Gelora Bung Karno, Jumaat ini dengan mereka kini berada di kedudukan kelima dengan tiga mata Kumpulan C selepas empat perlawanan.
Ketua Umum @PSSI , @erickthohir didampingi Sekjen PSSI Yunus Nusi, Direktur Utama PT. Garuda Sepak bola Indonesia Marsal Masita dan Direktur Utama Pengelolaan Kompleks Gelora Bung Karno Rakhmadi Afif Kusumo meninjau langsung kesiapan Stadion Utama Gelora Bung Karno pada Jumat… pic.twitter.com/KPVknKb7Oz
— PSSI (@PSSI) November 8, 2024
Credit Photo: PSSI