Salah satu bahagian tempat duduk penonton di Goffertstadion milik kelab Eredivisie, NEC Nijmegen, runtuh ketika penyokong Vitesse meraikan kemenangan 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu malam tadi.
Jaringan tunggal Nikolai Baden Frederiksen pada minit ke-16 sudah cukup untuk menjadi pemisah sehingga ke wisel penamat buat dua pasukan seteru tradisi itu dan pemain Vitesse mula meraikannya dengan penyokong mereka, yang melompat beramai-ramai di atas pelantar tempat duduk mereka sebelum ia roboh ke bawah.
Bagaimanapun, tiada sebarang penyokong dilaporkan tercedera dalam insiden itu dan selepas keraian mereka terhenti seketika, ia kembali bersambung tidak lama selepas itu.
Datuk Bandar Nijmegen, Hubert Bruls, mahukan penjelasan dan siasatan mengenai sebab pelantar tempat duduk itu runtuh tetapi lega apabila tiada sebarang penyokong yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan.
"Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku," kata Bruls kepada De Telegraaf.
"Mujurlah, setakat yang saya tahu, tiada seorang pun yang tercedera.
"Saya mahukan siasatan penuh mengenai apa yang berlaku di sini secepat mungkin," katanya.
Dua tahun lalu, terdapat satu lagi insiden yang hampir sama, di mana bumbung AFAS Stadion milik AZ, turut runtuh kerana ribut kuat tetapi tiada sebarang individu berada di stadium itu pada waktu berkenaan.

? What a win!
— Vitesse (@MijnVitesse) October 17, 2021
?? Samen voor geel-zwart!#Vitesse #VoorGeelZwart #necVIT pic.twitter.com/3vkPM5KIc8