UM-Damansara United mencuri tumpuan sewaktu menentang Perak dalam aksi Liga A1 Semipro di Stadium Manjung malam kelmarin.
Ini kerana 'idea' di luar kotak pemikiran, di mana kapten mereka, Hariz Mansor, menggunakan beg galas Universiti Malaya (UM) sebagai panji untuk ditukarkan dengan kapten Perak, Kamal Arif.
Bagaimanapun, bukan hanya perkara itu mencuri tumpuan. Pasukan berkenaan turut melakar kemenangan 1-0 hasil jaringan Shafizi Iqmal pada minit ke-73.
Shafizi memanfaatkan lantunan bola daripada kesilapan pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Syazwan Syazani.
UM-Damansara United seterusnya akan bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di UM Arena hujung minggu ini?
Adakah mereka akan sekali lagi menggunakan beg galas UM sebagai panji? Menarik untuk disaksikan.