"Dalam perlawanan pertama, saya berasakan Sweden mampu melakukan lebih baik dan saya masih lagi mampu melakukannya."
Zlatan Ibrahimovic mempersoalkan mengenai aksi perlu menang Sweden dalam saingan Piala Dunia.
Pemain paling berjaya Sweden itu, penjaring terbanyak sepanjang zaman dan banyak lagi. Tidak lagi beraksi di pentas antarbangsa dan berada di tepi padang.
Selepas mengejutkan Itali dalam aksi play-off, tidak ramai yang menjangkakan Sweden –- tanpa Ibrahimovic –- mampu lolos daripada Kumpulan F di Russia. Pasukan ini kekurangan kualiti daripada seorang pemain jika dibandingkan dengan Jerman dan Mexico.
Tetapi mereka telah menampilkan kesatuan yang unik dan berjaya ke pusingan 16 buat kali pertama sejak 2006 -- kejayaan yang terhasil selepas menewaskan Mexico 3-0, malam tadi.
Sweden menerima kekalahan kepada Jerman dalam aksi kedua tetapi mereka telah membuat juara bertahan itu bergelut di Sochi dan mampu menjaringkan lebih banyak gol sebelum Toni Kroos memberikan kemenangan buat skuad kendalian Joachim Low itu.
Pemain-pemain gagal mengawal emosi selepas perlawanan itu, mereka tidak mampu menutup kekecewaan.
Tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka. Dalam saingan peringkat kumpulan yang masih terbuka, mereka mempamerkan aksi terbaik untuk menjuarai kumpulan.
Sweden mengawal permainan di Ekaterinburg. Di sebalik percubaan cemerlang daripada Carlos Vela dalam babak pertama, mereka tidak menghadapi sebarang masalah berdepan Mexico.
Ludwig Augustinsson, Andreas Granqvist dan jaringan sendiri memberikan kemenangan terbaik buat mereka dalam 12 perlawanan antarabangsa.
Walaupun kekurangan penyudah berbisa, Sweden menunjukkan mereka boleh menyerang berdepan barisan pertahan ampuh yang dimiliki Mexico.
Sweden dilihat bebas. Bebas daripada bayangan Ibrahimovic.
Tiada Ibrahimovic, tiada masalah buat Sweden.
Penulis Jemputan
Thu Jun 28 2018