Thiago Silva berkata dia akan meninggalkan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), sebaik kontraknya tamat selepas kapten itu meratapi kritikan berterusan di ibu negara Perancis itu.
Pemain pertahanan Brazil, Silva, diikat dengan kontrak sehingga 2020 selepas tiba dari skuad Serie A, AC Milan, pada 2012 untuk bayaran € 42 juta (RM201 juta).
Pemain berusia 33 tahun itu telah membantu PSG meraih 16 gelaran, termasuk lima trofi Ligue 1 dan beberapa mahkota Coupe de la Ligue.
Bagaimanapun, Silva sudah merancang meninggalkan PSG di sebalik kritikan terhadap kepemimpinannya.
"Ia mustahil tidak mendengar beberapa kritikan," kata Silva kepada Le Foot Paris. "Bagaimanapun, tidak ada akhbar atau wartawan yang memberitahu saya siapa saya. Saya tahu siapa saya. Oleh kerana itu, saya teruskan seperti apa yang saya lakukan.
"Saya menghormati semua pendapat, tetapi apabila kamu diserang secara peribadi, ia mula menjadi lebih sukar. Saya amat sedih apabila ia memberi kesan kepada keluarga dan orang tersayang saya tetapi apabila kamu menyarung jersi PSG, kamu sentiasa bertanggungjawab."
"Saya mesti terus bekerja keras untuk membantu rakan sepasukan saya," kata Silva. "Persaingan sentiasa wujud dalam bola sepak.
"Saya berusia 33 tahun. Saya mempunyai dua tahun lagi dalam kontrak saya dan selepas itu, saya akan menyerahkan kepada pemain lain."
Silva dan PSG berada di landasan untuk menuntut 'treble' domestik selepas mara ke final Coupe de France pada Khamis ini, setelah mengecap kejayaan Ligue 1 dan Coupe de la Ligue.