Skip to main content

Bola Sepak

Thiago Silva gusar dengan prestasi PSG

thiago-silva-worried-by-psg-form.jpg

Thiago Silva mengakui dia gusar dengan prestasi Paris Saint Germain susulan kekalahan 2-0 kepada Toulouse pada Jumaat.

Gol dalam separuh masa kedua dari Yann Bodiger dan Jimmy Durmax mengesahkan kekalahan juara musim lalu itu, dengan PSG terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Serge Aurier menerima layangan kad kuning kedua.

PSG kini telah tewas dua daripada tujuh perlawanan dalam Ligue 1 -- mereka tewas dua perlawanan sepanjang musim lalu -- dan mereka akan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Nice, jika skuad kendalian Lucien Favre itu berjaya mengetepikan cabaran Nancy pada Ahad.

Thiago Silva turut akur dengan kehebatan Toulouse di samping menyatakan kerisauan terhadap prestasi kelab itu selepas diambil alih oleh Unai Emery pada awal musim ini.

"Memang sukar, bukan perlawanan yang baik untuk kami. Kami gagal bermain dengan baik, mereka lebih layak menang," katanya.

"Tewas dua perlawanan mengejutkan kami. Bagaimanapun, kami tidak boleh cepat melatah.

"Musim lalu, kami bermula dengan baik dan berjaya muncul juara di akhir musim. Musim ini masih panjang, saya harap kami mampu mengubah keadaan."

Advertisement

Must Watch Video