Terengganu FC (TFC) II tetap akan turun dengan strategi menyerang ketika melayani kunjungan pendahulu Liga Perdana, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, di Kuala Terengganu, malam ini.
Jurulatih TFC II, Tengku Hazman Raja Hassan, berkata mereka tidak rela hanya menjadi pemerhati sepanjang 90 minit walaupun JDT II hadir dengan rekod 100 peratus kemenangan.
Begitupun, Tengku Hazman mendedahkan tiada persiapan istimewa sempena pertemuan dengan JDT II, sebaliknya hanya meningkatkan corak permainan serta membaiki kesilapan barisan pemainnya dalam perlawanan terdahulu.
"TFC II akan cuba mengimbangi rentak JDT II dan apabila beraksi di tempat sendiri, sudah tentu kami akan lebih menyerang," kata bekas kapten Malaysia itu.
Tengku Hazman turut mengakui mungkin mengekalkan gandingan Muhammad Aqil Irfanuddin dan Serhii Andrieiev di bahagian benteng bagi mengekang serangan JDT II.
Persembahan bekas pemain B-22 negara, Muhammad Aqil, disifatkannya sebagai cukup baik, sekali gus mengetepikan kapten, Mohd Hasbullan Awang, dalam kesebelasan utama.
"Penyerang mereka cukup bijak menghidu peluang dan Rozaimi (Abdul Rahman) pula kembali mendapat sentuhan jaringan.
"Selain itu, saya berharap Mohd Ridzuan (Razali) akan pulih daripada kecederaan. Jika tidak saya terpaksa mempertaruhkan Mohd Haidhir (Suhaini)," jelas Tengku Hazman.