Jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) wanita negara, Leila Chua, tetap berbangga dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas kepada tuan rumah, Indonesia, dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Asia Tenggara (ASEAN) B-16 itu.
Skuad pelapis Malayan Tigress itu menerima pembelajaran terbaik dan segera melupakan kekalahan tersebut, selain menjadikan pentas antarabangsa ini sebagai medan pengalaman terbaik pada masa akan datang.
Pasukan negara berkongsi mata dengan tuan rumah dalam Kumpulan A selepas mencatatkan kemenangan berdepan Timor Leste walaupun tewas kepada Indonesia.
Bergantung kepada keputusan aksi lain, Leila Chua tetap optimis pasukannya berkemungkinan memiliki peluang ke pusingan kalah mati.
"Ini adalah proses pembelajaran. Banyak yang perlu dipelajari.
"Daripadanya kami boleh memperbaiki persembahan masing-masing. Masa depan mereka sangat cerah.
"Kami masih mempunyai peluang tetapi harus menunggu keputusan lain.
"Jika layak, kami akan menjadikan kekalahan ini sebagai pengajaran untuk bangkit, sekali gus sebagai tonik menghadapi Kelayakan Piala Asia B-17," katanya.
Dapatkan Redoxon Sekarang

Kekal Kuat, Bangkit Semula
Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu pertahanan badan anda supaya terus aktif walaupun berdepan cabaran.
Dapatkan Redoxon Sekarang