Skip to main content

Bola Sepak

Tersidai juga. Tiada gaji, tiada pengurusan datang tengok. Lepas tangan macam itu saja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazirul-naim.jpg
Situasi semasa pemain tempatan, Nazirul Naim Che Hashim, ternyata, mengecewakan apabila ketika ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan lutut di hospital kerajaan di ibu kota.

Nazirul, yang merupakan sebahagian pemain KL City FC, terpalit dengan isu tunggakan gaji pada tahun lepas dengan dikhabarkan kelab Lembah Klang tersebut tidak melunaskan tunggakan gaji pemain tersebut.

Kini tanpa sebarang pasukan, Nazirul menjalani proses pemulihan kecederaan ligamen lutut yang dialami selepas baru sahaja selesai pembedahan di Hospital Kuala (HKL).

"Tersidai juga. Tiada gaji, tiada pengurusan datang tengok. Lepas tangan macam itu saja," tulis isteri Nazirul, yang menggunakan nama akaun Instagram, Norwahila Jumaat lalu.

Sumber: Majoriti

Advertisement

Must Watch Video